Belum ada lagi tender cari kontraktor… sampailah sekarang.
NexForge Tender Radar memantau 2,000+ portal agensi setiap hari dan menghantar tender serta sebut harga yang sepadan dengan gred CIDB, kod bidang MOF, PUKONSA atau UPKJ anda terus ke WhatsApp — lengkap dengan tarikh lawatan tapak, tarikh tutup dan pautan rasmi.
Contoh makluman WhatsApp
Satu mesej bagi setiap iklan yang padan. Tiada perlu buka portal.
Apa beza NexForge dengan portal & ejen tender lain
Portal lain bagi senarai — anda yang kena tapis. NexForge tapis dulu, baru hantar.
Padan ikut lesen, bukan kata kunci
Setiap iklan dibaca penuh (PDF & dokumen) dan dipadankan dengan gred, pengkhususan, kod bidang dan lokasi lesen anda.
Terus ke WhatsApp
Satu mesej setiap iklan yang layak, lengkap dengan butiran penting dan pautan rasmi. Tiada apps, tiada log masuk.
Tarikh ditapis ketat
Lawatan tapak wajib dah lepas atau tarikh tutup dah lalu — tak dihantar. Kerja Undi ikut tarikh pendaftaran.
2,000+ sumber dipantau tiap hari
ePerolehan, MyProcurement, JKR eTender, portal negeri, PBT, GLC, universiti & hospital — termasuk laman agensi kecil yang jarang disemak.
Sabah & Sarawak
Kelas PUKONSA dan UPKJ dibaca dan dipadankan berasingan daripada gred CIDB — tak dicampur.
Kontraktor berjaya
Rekod keputusan tender & Surat Setuju Terima: siapa dapat apa, di mana, berapa nilai — untuk rujukan harga dan peluang subkon.
Apa yang pelanggan dapat
Semua ini termasuk dalam setiap pakej — 1, 3 atau 12 bulan.
- Alert ikut gred CIDB, kod MOF, PUKONSA & UPKJ — satu mesej setiap iklan yang padan
- Agensi, lawatan tapak, tarikh tutup, syarat, harga indikatif & pautan rasmi
- Kerja Undi: tarikh undian, tempat & syarat daftar
- Hanya iklan yang masih sempat — lawatan wajib lepas / dah tutup tak dihantar
- Padanan tender anda & Rekod Tender NexForge (semua tender, tajuk penuh)
- Kontraktor Berjaya: siapa menang, projek, agensi & nilai kontrak
- Analisis tender: ringkasan dokumen & keputusan analisis dengan bantuan AI
- Lesen & Syarikat Saya: beberapa lesen & syarikat dalam satu akaun
- Rujuk kawan — dapat RM20 hingga RM100 setiap yang langgan
- Dashboard kontraktor & Projek Saya
- Upload BQ / senarai item → Quotation, Invoice & Delivery Order
- Gambar Kerja: galeri kemajuan & laporan bergambar (format JPS)
- Dokumen Saya: surat & dokumen kerja subkontrak, pratonton & cetak
- Profil Keupayaan Syarikat: muat naik pintar, indeks keupayaan
- Peti Bukti Disulitkan untuk sijil & dokumen penting
- Laluan Kontraktor Baharu — panduan langkah demi langkah
Pakej Tender Radar
Bayar sekali untuk tempoh pakej. Satu akaun boleh daftar beberapa lesen dan syarikat (setiap lesen satu langganan).
Cara daftar — 4 langkah
Ikut aliran sebenar dalam borang pendaftaran.
Pilih pakej
1, 3 atau 12 bulan. Ada kod konsultan atau rujukan? Masukkan di sini.
Muat naik lesen
CIDB (PPK), MOF, PUKONSA atau UPKJ. Sistem baca sendiri gred, kod bidang dan negeri — tak perlu isi borang semula.
Sahkan WhatsApp
Masukkan nombor WhatsApp syarikat dan sahkan kod OTP. Nombor ini yang akan terima makluman.
Bayar & mula
Bayaran melalui ToyyibPay (FPX / kad). Selepas disahkan, makluman mula masuk dan portal pelanggan dibuka.
Sudah berdaftar? Log masuk ke portal pelanggan untuk tambah lesen atau syarikat tanpa akaun baharu.